Rabu, Oktober 12, 2016

Doa Untuk Anak Didik PT3 SMK Sungai Abong Muar

Ya Allah,
Esok anak2 kami akan menduduki PT3. Kami mohon kepada Mu ya Allah bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi ya Allah.

Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak anak di hari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti.Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.

Ya Allah,
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah,
berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah- mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi,semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri mereka kepada mu ya Allah.

Ya Allah,
Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat.kami mohon kepada Mu Kau perbaiki akhlak anak anak kami.

Ya Allah,
kami tidak mampu mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah.kami serahkan anak anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk mereka berada di tempat tempat yang Engkau redhai.Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai.
Jauhilah mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah.

Ya Allah,
Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak didik kami, anak-anak jiran dan sahabat kami ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat ya Allah.

Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini.

Aameen ya Robballa'lamiin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan