Rabu, Oktober 12, 2016

Koleksi Bahagian Adab Aneka Pilihan SPM Beserta Jawapan


TAHUN 2005

17 Tujuan utama menitikberatkan aspek penjagaan fizikal pesakit ialah untuk memastikan pesakit
A cepat sembuh
B sentiasa bersabar
C tidak meninggalkan solat
D sentiasa mengingati Allah

18. Aspek emosi pesakit yang perlu diberi perhatian oleh orang yang menjaganya ialah
I menggunakan tutur kata yang lembut
II memastikan pesakit bersih tubuh badan
III memahami keperitannya menanggung kesakitan
IV mengingatkan pesakit supaya menunaikan solat lima waktu

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

19 Tindakan terbaik bagi seseorang pemimpin untuk menjaga kesucian agama Islam ialah
A mencegah maksiat
B menegakkan syariat Allah SWT
C membina masjid dan surau
D menubuhkan sekolah agama

20 Tujuan Islam mengatur beberapa adab berniaga ialah untuk
I menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam sektor perniagaan
II mengelakkan sebarang penipuan serta permusuhan
III memastikan urusan perniagaan berjalan dengan baik
IV menjamin keselamatan institusi perniagaan

A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV


TAHUN 2006

10. Hukum menjaga orang sakit ialah
A sunat muakkad
B fardhu kifayah
C fardhu ain
D sunat




• Berpakaian menutup aurat
• Mematuhi peraturan
• Menjaga kebersihan
• Memelihara flora dan fauna

19. Pernyataan di atas menerangkan adab-adab
A bermusafir
B berekreasi
C memelihara alam
D menjaga kemudahan awam


Antara punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar ialah kegiatan melakukan perubahan pada kandungan keadaan dan warna hingga tidak sesuai digunakan

20. Pernyataan di atas menerangkan tentang
A Pencemaran air
B pendemaran udara
C pencemaran bunyi
D pencemaran tanah

TAHUN 2007

        ……… ال عمران: 191
Maksudnya : Orang yang menyebut dan mengingati Allah SWT semasa mereka berdiri, duduk dan berbaring (mengiring…)

19 Antara yang berikut yang manakah pernyataan yang paling tepat merujuk kepada ayat di atas
A Berzikir boleh dilakukan di masjid
B Berzikir boleh dilakukan selepas solat
C berzikir boleh dilakukan pada waktu malam
D Berzikir boleh dilakukan di mana-mana sahaja

20 Sabda Rasulullah

اليد العليا خير من اليد السفلى (رواه البخارى)
Maksudnya : Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah

Hadis di atas merujuk kepada dalil
A memberi sedekah
B memberi salam
C akad jual beli
D akad nikah




TAHUN 2009


·   Berdasarkan wahyu
·   Kajian saintifik
·   Matlamat yang jelas
 












20 Pernyataan di atas berkaitan dengan adab
A berfikir
B berzikir
C berjihad
D bermusafir




TAHUN 2010

TIADA SOALAN ADAB

TAHUN 2011

6 Adab yang perlu diamalkan oleh orang yang berjihad di jalan Allah SWT ialah
A amanah
B berdisiplin
C berhati-hati
D ikhlas

• Mempelajari Islam
• Menyebarkan ilmu
• Mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian

7 Pernyataan di atas merujuk kepada peringkat jihad
A melawan syaitan
B memperbaiki diri
C menghapuskan kezaliman dan kemungkaran
D menentang kafir harbi dan munafik












TAHUN 2012

• Proaktif dan berdaya maju
• Menyelesaikan masalah dengan cepat
• Menghindari daripada unsur-unsur khurafat

11 Pernyataan di atas paling tepat merujuk kepada hikmah mengamalkan
A adab berfikir
B adab berjihad
C adab bernegara
D adab dengan pemimpin

12 Antara yang berikut yang manakah bukan adab bermusafir
A Berhenti di tempat yang sesuai
B Menyediakan bekalan secukupnya
C Memohon petunjuk daripada Allah SWT
D Melantik seorang ketua jika melebihi tiga orang

13 Antara yang berikut yang manakah bukan adab rakyat terhadap pemimpin
A Memberi sokongan padu untuk kepentingan negara
B Membantu pemimpin memajukan negara
C Menasihati pemimpin dengan cara baik
D Mentaati pemimpin dalam semua perkara

• Berjihad memperbaiki diri
• Berjihad melawan syaitan
• Berjihad menghapuskan kezaliman dan kemungkaran

14 Pernyataan di atas merujuk kepada
A adab berjihad
B peringkat jihad
C kelebihan jihad
D cara melahirkan semangat jihad

En Umar telah keluar dari rumah dengan beg pakaiannya menuju ke stesen bas. Namun begitu dia tidak tahu ke mana arah tujunya

20 Apakah hukum musafir di atas?
A Makruh
B Haram
C Harus
D Sunat



TAHUN 2013

17 Tujuan utama digalakkan solat sunat dan berdoa sebelum musafir ialah
A masalah mudah diselesaikan
B menjauhi kerosakan alam
C selamat dalam perjalanan
D sampai dengan segera

• Mendapat ganjaran Allah SWT
• Rezeki akan bertambah• X

18 Pernyataan di atas menerangkan kelebihan memberi hadiah dan sedekah.
Antara yang berikut yang manakah pernyataan yang tepat bagi X
A Hidup lebih selesa
B Disukai oleh manusia
C Jiwa menjadi lebih tenang
D Gejala sosial dapat dibendung

19 Pilih pernyataan yang benar mengenai ciri-ciri mau’izatul hasanah dalam berdakwah.
I Kata-kata nasihat yang baik
II Kata-kata yang melunakkan hati
III Menunjukkan teladan yang baik
IV Mengamalkan semangat kerjasama

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

• Melawan dan menghapuskan keraguan yang ada dalam diri
• Menjauhkan diri dari menurut hawa nafsu

20 Pernyataan di atas merujuk kepada jihad
A memperbaiki diri
B melawan syaitan
C melawan munafik
D menghapuskan kemungkaran

TAHUN 2014

13 Apakah tindakan terbaik bagi seorang pemimpin untuk memelihara kesucian agama Islam?
A Menegakkan hukum dan peraturan Allah
B Menubuhkan pusat pendidikan agama
C Mencegah maksiat
D Membina masjid

14 Antara yang berikut yang manakah bukan adab berjual beli
A Penjual dan pembeli bersikap sabar dan tenang
B Penjual dan pembeli bersilkap jujur dan ihsan
C Menjauhi unsur-unsur yang haram
D Melindungi hak tanpa paksaan

15 Jihad dituntut dalam Islam kerana ia dapat _______________________
A melahirkan insan berwawasan
B melahirkan individu beramanah
C mendidik sifat jati diri yang tinggi
D menjauhi diri daripada perkara maksiat


18 Antara yang berikut yang manakah adab menziarahi jenazah
I Membicarakan urusan keduniaan di rumah jenazah
II Mengucapkan takziah kepada keluarga jenazah
III Membantu urusan pengkebumian jenazah
IV Merasa kesal teerhadap kematian

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

TAHUN 2015
19 Adab yang utama perlu diamalkan oleh orang yang berjihad di jalan Allah SWT ialah
A berhati-hati
B berdisiplin
C amanah
D ikhlas

• Mempelajari Islam
• Menyebarkan ilmu
• Mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian

20 Pernyataan di atas merujuk kepada peringkat jihad
A menghapuskan kezaliman dan kemungkaran
B menentang kafir harbi dan munafik
C memperbaiki diri
D melawan syaitan




Doa Untuk Anak Didik PT3 SMK Sungai Abong Muar

Ya Allah,
Esok anak2 kami akan menduduki PT3. Kami mohon kepada Mu ya Allah bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi ya Allah.

Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak anak di hari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti.Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.

Ya Allah,
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah,
berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah- mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi,semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri mereka kepada mu ya Allah.

Ya Allah,
Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat.kami mohon kepada Mu Kau perbaiki akhlak anak anak kami.

Ya Allah,
kami tidak mampu mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah.kami serahkan anak anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk mereka berada di tempat tempat yang Engkau redhai.Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai.
Jauhilah mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah.

Ya Allah,
Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak didik kami, anak-anak jiran dan sahabat kami ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat ya Allah.

Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini.

Aameen ya Robballa'lamiin...

Isnin, Februari 25, 2013

Tips Belajar Berkesan - Dr Hj Mohd Fadilah Kamsah




1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri.
Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran.
Kajian menunjukkan bahawa:

- Kita ingat 10% apa yang dibaca
- Kita ingat 20% apa yang didengar- Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat - Kita ingat 70% apa yang dicakapkan
- Kita ingat 90% setelah dipraktikkan

3. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock).
Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-Quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

4. Mengulang kaji secepat mungkin.
Ulangkaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar). Ulangkaji sekerap mungkin.

5. Manfaatkan kemahiran mengingat:

- Tampal nota-nota penting di dinding - Gunakan kaedah akronim- Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah- Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat

6. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik.
Tanya guru apabila tidak faham

7. Menjadikan nota-nota menarik
seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya. Tampal maklumat yang rumit di tempat yang biasa dilihat.

8. Cekap mengatur jadual belajar:
Mempunyai jadual belajar, Patuh kepada jadual, Buat jadual yang boleh diikuti

9. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar
iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.

10. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih atau mengantuk.

11. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas berjaya belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan atau sesuatu yang menghiburkan hati.

12. Buat Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

13. Berbuat baik kepada guru.
Sentiasa menghormati dan menyayangi guru.

14. Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar